Pilihan Bisnes Online Dan Kerja Dari Rumah Yang Buatkan Ramai Engineer Letak Jawatan

3

Assalamualaikum ..

Harini terdetik nak share dengan anda semua kisah perjalanan saya dengan bisnes yang dah jadi sebahagian dari hidup saya, bisnes Shaklee. Bisnes yang membolehkan saya kerja dari rumah dan tak perlu terikat dengan masa kerja. Inilah pilihan saya dan apa yang saya impikan sejak dulu …

Bagi yang belum kenal, dan baru je jumpa blog picisan saya ni, let me introduce myself ya..

Nama diberi, Zulaikha dan berasal dari Selangor, telah menjadi surihati buat suami tercinta dan ummi kepada 2 anak lelaki yang soleh dan sangat aktif. Berhijrah dan menetap di Muar, Johor dan sekarang menjalankan bisnes Shaklee sepenuh jiwa dan masa, cewah.

KISAH DRAMATIK SAYA DAN SHAKLEE

Alkisahnya…

Yang follow saya betul-betul mesti dah tau story ni sebab dah pernah cerita. Tapi takpe kita share lagi dan lagi.. untuk pengetahuan, saya dulu memang langsung tak suka ambil suplemen dan tersangatlah anti dengan satu jenama ni — SHAKLEE. Entah kenapa, anti tak berasas betul. Tak kenal, tapi benci. Lainlah kalau kenal dan tak suka,kan?

Kuasa Allah Maha Besar. Betullah, hati kita ni bukan milik kitapun. Allah yang pegang hati kita ni dan bila-bila masa je Allah boleh bolak balikkan hati kita. Dari suka jadi benci. Dari benci jadi suka. Dari taknak jadi nak. Dan so on.

Nak dijadikan cerita, mak kena sakit sendi sampai tak boleh nak angkat tangan langsung. Puas dah berubat pegi klinik makan bermacam jenis ubat pun masih tak jalan. Sakit sangat mak masa tu, bayangkan nak angkat segelas air pun sakit.

pengalaman sakit resdung kronik

 

Kebetulan cerita dekat adik ipar..dia pun suggest cuba set sendi Shaklee masa tu ada omegaguard, advanced joint health dan ostematrix. Tak sampai seminggu ambil, mak dah bagi respon positif.

Hilang terus rasa sakit kat tangan macam tak pernah sakit je sebelum ni. Wah, magic! Kata hati saya. Masa tu dah terbukak sikit hati saya dengan Shaklee ni tapi takde hati nak try jugak lagi.

Kemudian, mak cuba pulak ambil set resdung. Resdung mak memang teruk sangat sampaikan pernah dulu hampir nak kena operate. Lepas 2 minggu konsisten, alhamdulillah mak bagitau yang resdung mak makin ok. Makpun nampak makin sihat dan hepi.

Ya Allah masa tu rasa syukur sangat. Terus mak kata, “Jadilah ahli, long. Senang nanti mama nak beli Shaklee.” Ok,fine. Dapat petunjuk ni dan terus sign up jadi ahli. Niat asal nak jadi ahli sebab nak mudahkan mak beli Shaklee je. Bulan pertama join ahli, tiba-tiba dapat bonus dalam RM 78 camtu.

Dalam hati fikir, ni belum pun cuba bisnes, mana tau boleh pergi lagi jauh. Dan alhamdulillah bulan ke 5 saya jadi ahli, bonus saya melonjak ke 4 angka!

Dan alhamdulillah lepas tu maintain setiap bulan dapat 4 angka sampai sekarang. Target saya tahun 2017 ni untuk capai income 5 angka dan percayalah .. Memang langsung takde yang mustahil.

***Sekarang mak sangat konsisten dengan suplemen Shaklee termasuklah VIVIX yang eksklusif tu.

DALAM BANYAK-BANYAK BISNES, KENAPA PILIH SHAKLEE?

Kalau anda semua nak tahu.. saya ni langsung takde background family bisnes tau. Dan bisnes Shaklee ni bisnes kedua saya, selepas bisnes pertama — sebagai dropship edutoys terhenti sebab supplier taknak ambil dropship dah. Sobsss.

Tapi kan, lepas terjebak dengan bisnes Shaklee, saya dapat sesuatu yang saya tak temui dalam bisnes lain. Apa dia? Sertai dulu dan rasa sendiri 🙂

Rasanya ramai yang belum merasai betapa seronoknya bisnes Shaklee ni sampaikan ramai engineer pun decide resign untuk fokus Shaklee je! Its really PROVEN 🙂

Ramai mentor-mentor hebat saya dulunya seorang engineer, kini dah capai income berpuluh kali ganda dari pendapatan mereka dulu.

Apa yang buat hati saya tertawan sangat dengan bisnes Shaklee ni?

1. MODAL HANYA RM 68.90

Ya betul. Modal yang saya keluarkan dulu hanya RM 68.90 je. Inipun untuk register sebagai ahli dan pengedar Shaklee. Langsung takde modal tersembunyi. Tak perlu susah-susah nak buat loan bank dan tak perlu nak pinjam duit orang.

2. TAK PERLU SIMPAN STOK, TAK PERLU POS BARANG

Awal-awal masa run bisnes Shaklee ni, serius rasa macam ala-ala dropship. Sistem Shaklee sangat mudah sampai tak perlu pun nak simpan stok barang. Yelahkan, awal-awal buat bisnes dulu memang takde modal langsung nak buat stok. Start dengan apa yang ada kat tangan je.

Kita buat sharing kat facebook, blog dan ig, customer order, buat payment dan kita terus order by online. Packing semua Shaklee dah tolong buatkan. Sebab tu bila anak sakit, anak masuk wad, sambil travel, sambil bercuti, anytime anywhere..BISNES TETAP JALAN, REZEKI SENTIASA ADA! Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

3. SATU-SATUNYA SYARIKAT YANG ADA LANDMARK STUDY

Hati kita rasa bahagia kan kalau produk yang kita jual ni memang sangat terbukti selamat, terjamin dan tak mudharatkan orang. Bayangkan Shaklee dah bertapak 100 tahun dipasaran dunia dan dah lebih 50 tahun di Malaysia. Makin hari makin bertambah pengguna Shaklee and its really amazing!

Untuk tahu lebih lanjut tentang landmark study boleh klik SINI dan SINI.

vitamin paling bagus 1

 

vitamin paling bagus 2

 

vitamin paling selamat 3

 

vitamin paling selamat 4

 

4. ADA MENTOR DAN GROUP SUPPORT YANG HEBAT

Antara perkara yang paling paling saya bersyukur sebab ditemukan dengan mentor-mentor yang sangat humble, group support yang hebat macam rasa satu family je.

my awesome upline a.k.a mommy shaklee
my awesome upline a.k.a mommy shaklee

Dari tak tahu blogging dah pandai blogging, dari tak tahu marketing dah boleh cakap pasal marketing, dari zero i become to be a hero. Dari sid biasa sekarang dah jadi LEADER Shaklee!

coaching dengan nanny shaklee pulaksss
coaching dengan nanny shaklee pulaksss

Semua ni semua orang pun boleh, hatta awak surirumah, awak student, awak siapa saja. Peluang sentiasa terbuka asalkan ada kemahuan yang tinggi dan sanggup belajar dan buat semua yang mentor guide. InshaAllah awak akan berjaya juga.

5. SISTEM SHAKLEE SANGAT UNIK

Sistem Shaklee memang sangat unik, dan bonusnya kepada para pengedar boleh jadi sehingga infinity. Ya, UNLIMITED. Even trip-trip yang Shaklee sponsor semuanya bertaraf 5 bintang dan belum ada lagi syarikat lain yang lakukan seperti mana yang Shaklee buat.

6. PELAN PEMASARAN YANG ADIL DAN PATUH SYARIAH

Shaklee menyediakan peluang yang sama untuk setiap orang. Dalam Shaklee, semua pengedar berhak mendapat bonus, setimpal dengan usaha mereka.

Tiada istilah Upline goyang kaki! We sign our own cheque! Selain bonus tunai, ada peluang dapat percutian 5 bintang PERCUMA! Paling utama, bisnes Shaklee ialah MLM patuh syariah!

7. ADA TEKNIK HALIMUNAN EKSKLUSIF DENGAN GROUP SAYA

Nah, ini rahsia tersembunyi yang hanya ahli yang berdaftar dibawah saya saja akan tahu. Macam mana nak buat bisnes guna cara teknik halimunan ni, travel-travel pun sales masuk. Berjalan sana sini pun sales tetap masuk dan bisnes tetap jalan. Nak tahu? Kena join kami dulu 🙂

SEMUA ORANG LAYAK BERIMPIAN BESAR

 

“Berimpian besar adalah salah satu tanda kita mempercayai bahawa Allah itu Maha Besar.”

– Ippho Santosa –

 

Alhamdulillah, dulu saya tak pandai nak berimpian besar dan rasa tak layak pun ada impian besar-besar. Sejak berkecimpung dalam bisnes Shaklee bermentorkan insan-insan hebat yang banyak membantu, saya makin sedar kebolehan diri dan percaya semua orang berhak berimpian.

Dan Allah dah buka lorong dan jalan untuk saya realisasikan segala impian saya tu, dengan bisnes Shaklee. Tapi tak seronok rasanya berjaya sorang-sorangkan.. sebab tu saya nak sangat bantu orang lain untuk capai impian mereka juga.

Achieve-Financial-Freedom

At least dapat bantu surirumah yang terdesak perlukan duit nak beli pampers anak setiap bulan, ibu-ibu yang desperate nak resign jaga anak sendiri terutama bila anak sakit, student yang nak sambung belajar tinggi-tinggi tapi kekangan masalah keluarga dan duit and so on….

Comes with me dan kita akan strive for success untuk capai setiap apa yang kita impikan selama ni.

MULAKAN SEKARANG

Kalau hari ini kita rasa we are nothing

Kalau hari ini kita rasa kita tak reti apa

Kalau hari ini kita tak beri peluang pada diri kita

Mulai saat ini.

Kita lakukan satu perubahan untuk kehidupan yang lebih baik.

Kalau kita tak mulakan, siapa lagi yang kita nak harapkan?

Allah dah beri kita akal, badan dan tenaga untuk kita usahakan.

Selebihnya kita serahkan dalam ketentuan Tuhan.

Tiada perkara yang mudah, namun tiada juga perkara yang mustahil.

Start Small, End Big. Together we succeed !

Welcome Aboard My Bussiness Partner 🙂

Kami adalah pengedar Shaklee area Muar dan Tangkak, juga pengeposan ke seluruh Malaysia.

SHAKLEE AGENT WANTED untuk seluruh Malaysia.

bisnes online 2017

Salam Sayang,

Bakal Mentor Bisnes Shaklee Anda

Zulaikha | 018-3164133

 

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion3 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge