Rahsia Rezeki : Bila Harga Barang Makin Naik

2

Rahsia rezeki.

Pepagi lagi Abah whatsapp tentang ini dalam family group. Sebab saya suka sangat baca, maka saya #copypaste di sini untuk tatapan yang lain baca.

Hakikat krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak zaman Rasulullah SAW lagi dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.”
– Riwayat Abu Dawud

Peristiwa ini berlaku bila harga barang di pasar di Madinah naik. Maka para sahabat bertemu Rasulullah SAW minta supaya Baginda tetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat beli barang dengan harga yang mereka mampu.

Lalu apa jawab Rasulullah SAW?

Baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.”
– Sahih. Riwayat Abu Daud

Kenaikan harga barang tak akan ubah rezeki seseorang.

Nabi menyatakan bahawa Allah lah yang lapangkan rezeki hamba dan Dia juga yang sempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendaki-Nya.

Selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.”
— Al-Ra’d : 26

“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.”
— As-Syura : 27

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tak dikurangkan sedikit pun.

Kenaikan harga sama sekali tak akan pengaruhi rezeki yang ditetapkan.

 

Sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.”
– Sahih. Riwayat Al-Hakim

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.”
– Riwayat Muslim

Ketahuilah walau apa sahaja pun yang naik, ia tetap tak akan pengaruhi rezeki kita jika termasuk dalam orang-orang yang bertakwa dan syukur.

Bukankah Allah SWT yang beri rezeki? Bukannya makhluk.

 

Kredit CikPuan Hajar Abdullah.

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge