Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Daging Masak Hitam Sedap Dan Mudah

1

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam dapat lagi berbuka puasa dengan mak ayah, entah untuk kali yang ke berapa dibulan Ramadhan ni. Weehu! Bahagia rasa hati bila dapat nikmat ni, antara nikmat paling mahal yang perlu disyukuri. Kebetulan pulak mak masakkan daging masak hitam yang memang jadi feveret anak-anak mak semua, memang tak pandang lauk lain dah!

Sebenarnya kan, dari dulu lagi duk belajar nak buat daging masak hitam ni, asyikla lupa cara dia. Nah, sekarang masuk terus dalam blog untuk jadi rujukan akan datang. Sambil-sambil boleh share dengan mak-mak semua kan 🙂

Resepi Daging Masak Hitam Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 kg daging
  • 1 kg bawang merah
  • Cili kering
  • Asam jawa (secubit)
  • Kicap manis
  • Sedikit gula

Cara memasak

 

Hiriskan bawang merah untuk digoreng.

daging masak hitam 1

Sambil-sambil hiris bawang tu, boleh rebus dulu daging tu. Jangan empuk sangat sebab nanti nak goreng pulak daging tu, takut hancur.

daging masak hitam 2

Kemudian, boleh blender cili kering dan tumis dia sahaja. Jangan lupa goreng bawang tadi ye.

daging masak hitam 4

Selesai daging direbus dan empuk sikit, keluarkan dan tumbuk-tumbuk daging tu bagi pecah. Kemudian boleh goreng daging tersebut.

daging masak hitam 3

Cili kering yang ditumis tadi, tumis sampai masak. Bila dah masak, boleh masukkan kicap manis sampai hitam, dan masukkan daging dan bawang goreng tadi. Kacau selalu. Ikutlah nak banyak kuah ke tak. Tapi saya lagi suka kering sikit sebab boleh tahan lama. Sedap!

daging masak hitam 5

Tengok hasil ni 🙂

daging masak hitam 6

Selamat mencuba!

 

Facebook Comments

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Discussion1 Comment

Leave A Reply

CommentLuv badge