RESEPI JEMPUT-JEMPUT KURMA SPECIAL

4

Assalamualaikum 🙂

Salah satu menu berbuka atau menu minum petang yang sangat simple tapi ohsem — JEMPUT-JEMPUT KURMA.

Feveret kami sekeluarga..kalau mengadap ni time hujan lagi laju je sumbat, hehe.

‘Ayyash pun suka tau! Bukan senang nak bagi dia makan kurma, so alternatif lain, ummy pun buatla jemput-jemput ni. Alhamdulillah, laju je makan 😀

Kalau bulan Ramadhan, menu ni dah jadi menu wajib time berbuka atau moreh. Lagipun senang sangat nak buat dia.. 🙂

RESEPI JEMPUT-JEMPUT KURMA SPECIAL

jemput kurma

Bahan-bahannya simple je :

  • Tepung gandum (ikut banyak mana nak buat)
  • Kurma (buang biji, ikut banyak mana nak letak, lagi banyak lagi sedap)
  • Gula (sesedap rasa)
  • Garam (secubit )
  • Air Masak

Cara nak buat :

curik gambar dari belog lamaku :)
1) Gaulkan tepung dengan kurma dan air, secukup rasa. Kalau saya..makan bertiga je, jadi buat tak banyak mana. 🙂

2) Masukkan garam sedikit dan gula — secukup rasa. Sebab kurma tu pun dah manis tau… 😉

3) Panaskan minyak, goreng dan sedia untuk dihidang! Buat air panas sekali.. Memang sedap. ^___^

Sambil masak tu jangan lupa zikir dan selawat banyak-banyak.. Masak dengan hati, masak dengan kasih sayang…

Pasti sampai ke hati juga 🙂

Selamat Mencuba !

Luv,
Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali
Shaklee ID 1075383
sakieenah@yahoo.com
018-3164133
Pengedar Sah Shaklee Muar & Seluruh Malaysia

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion4 Comments

    • Zulaikha Ali

      Titan : Hehe. Ni resepi dari arwah mak mertua.. suami suka sangat, tu yang rajin buat =)

Leave A Reply

CommentLuv badge