Resepi Kuih Keria Sedap Dan Lembut, Sangat Mudah Dibuat

10

Assalamualaikum

Bulan puasa ni memang macam-macam resepi nak cuba kan. Macam-macam mengidam. hehe. Yang paling bestnya bila sokmo dapat berbuka puasa rumah mak, lagi macam-macam la mak buat. Camnolah berat nak turunkan T_T

Saya ni honestly tak pandai masakpun, tapi bila tengok mak masak, dalam hati kata..” La..kacang je nak buat rupanya. Tulah dari dulu taknak belajar. huhu.” Dan hasilnya, dapatlah tambah satu lagi resepi kuih feveret, resepi kuih keria sedap dan lembut, memang sangat mudah nak sediakan. Hanya perlukan kerajinan je >.<

Resepi Kuih Keria Sedap Dan Lembut, Sangat Mudah Dibuat

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Ubi Keledek
  • Gula
  • Tepung gandum
  • Air

Cara membuatnya ikut step gambar ye!

 

resepi kuih keria mudah 1

Kupas dulu ubi keledek, lepastu boleh rebus dalam air sampai lembut.

 

resepi kuih keria mudah 2

Taraaa..ni dah siap rebus. Potong kecik-kecik dulu sebelum rebus tadi. hihi

 

resepi kuih keria mudah 3

Lenyekkan sampai betul-betul hancur supaya senang nanti nak bentukkan.

 

resepi kuih keria mudah 4

Dah siap lenyek, masukkan tepung gandum secukupnya. Kalau mak saya pesan, jangan banyak sangat tepung, nanti keras. Masukkan untuk bagi mudah bentuk je.Β 

Masa nak bentukkan tu memang melekat-lekat kat tangan, so make sure tangan basah. Kalau kering lagi melekat.Β 

 

resepi kuih keria mudah 5

Panaskan minyak dalam kuali. Api jangan besar sangat, hangit nanti. Ini kejadian lepas goreng dia. Bentukkan terus masuk dalam kuali sebab kalau letak dulu dalam pinggan nanti melekat.

 

resepi kuih keria mudah 6

Setel gorengkan ubi keledek, kemudian masukkan suku cawan air dalam kuali panas. Masukkan 2-3 sudu gula dan biarkan kejap macam kat atas tu.

 

resepi kuih keria mudah 7

Kemudian boleh masukkan keledek yang dah digoreng tadi, untuk sira dengan gula tersebut.

 

resepi kuih keria mudah 8

Taraaa..dah siap. Ini hasilnya. Nah..mudahkan! Selamat menikmati hidangan πŸ™‚ Makan panas-panasla sedap. Hehe.

 

Bila dah jadi buat yang simple-simple ni, rasa syok pulak nak try another resepi. So..tunggula next resepi apa pulak yang termengidam. Hehe.

Mak-mak jemputla share resepi best mak-mak semua. Tulis je kat komen tu, nanti boleh saya masukkan dalam blog dan kreditkan pada blog mak-mak sekalian πŸ™‚

Terima kasih dan selamat berbuka!

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion10 Comments

  1. Wahh . Mudah rupanya nak buat kuih keria neπŸ˜‚ selalu nmpk member pos ingatkan susah nak buat .. Tq untuk resepinya ..

Leave A Reply

CommentLuv badge