RESEPI MUDAH BEGEDIL KENTANG

3

Assalamualaikum 🙂

Kali ni nak share resepi yang saya dapat daripada FB Denaihati Network. Nak tepek kat dalam ni, sebab mudah diri sendiri nak rujuk nanti.

Lama dah teringin nak buat ni, selama ni ingat rumit, leceh dan susah. Rupanya senang je pun. (kalau dalam kepala tanam perkataan susah je, memang benda kecik pun nampak susah..huhu)

Jom tengok dan cuba resepi ni,anak-anakpun mesti suka nanti ! 😀

RESEPI MUDAH BEGEDIL KENTANG

begedil kentang

Bahan-bahannya :


● Kentang – kupas dan potong dadu
● Bawang goreng
● Daun sup / daun bawang
● Lada putih
● Garam
● Kentang
● Telur ayam
● Minyak masak

 

Cara-caranya :


1. Panaskan minyak dan goreng kentang sehigga lembut dan keperangan.

2. Toskan minyak daripada kentang.

3. Tumbuk kentang sehigga lumat.

4. Masukkan garam dan lada putih secukup rasa.

5. Masukkan daun sup atau daun bawang dan bawang goreng. Teruskan tumbuk dan gaul rata.

6. Bentukkan bergedil menjadi bulat tp sedikit leper supaya cepat masak bila digoreng.

7. Pecahkan & kacau telur. Kemudian rendam bergedil ke dalam telur.

8. Goreng bergedil dlm minyak panas sehingga keperangan.

 

Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba! =)

 

 

Luv,
Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali
Shaklee ID 1075383
sakieenah@yahoo.com
018-3164133
Pengedar Sah Shaklee Muar & Seluruh Malaysia

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion3 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge