RESEPI MUDAH PUDING KARAMEL YUMMY

0

Assalamualaikum 🙂

Masa mengandungkan ‘Ayyash dulu, rajin jugak buat puding karamel ni. Resepi kakak ipar bagi..hihi.

Rupanya senang je nak buat dia. Puashati dapat makan hasil tangan sendiri, kalau beli kat luar entah berapalah kan harga dia. rasa pun belum tentu kita akan puashati. huhu..

So Zue nak share resepi mudah ni dengan semua .. 😀

RESEPI PUDING KARAMEL SUPER YUMMY

puding karamel

Bahan yang diperlukan :

  • Telur 7-8 biji
  • Susu cair Ideal 1 tin
  • 3 senduk gula
  • 3 sudu besar gula dihanguskan dalam loyang dan disejukkan

Cara sediakan :

Gula hangus —

  • Masukkan 3 sudu besar guka tadi ke dalam loyang (guna api kecil je) dan kacaukan sehingga cair. Kemudian biarkan dia sejuk.

Puding Karamel —

  • Panaskan periuk atas dapur, guna api sederhana je.
  • Masukkan susu, kemudian larutkan gula didalam susu.
  • Masukkan telur dan sentiasa kacau sehingga semua bahan larut. Matikan api.
  • Kemudian, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
  • Kukuskan selama 20-30 minit.
  • Sejukkan dalam peti ais.
  • Siap untuk dimakan!

Sangat simple kan? ^___^

Boleh praktis buat bila-bila free..hihi

Selamat mencuba!

Luv,
Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali
Shaklee ID 1075383
sakieenah@yahoo.com
018-3164133
Pengedar Sah Shaklee Muar & Seluruh Malaysia

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge