Resepi Puri Berkhasiat Untuk Bayi 6 Hingga 12 Bulan

10

Assalamualaikum 🙂

Ibu-ibu memang eksaited kan nak perkenalkan solid food kat baby? Macam zue jugalah.. Asyik fikir je nak start dengan apa. Apa yang penting sekali mesti kita nak benda berkhasiat yang masuk ke dalam tubuh badan anak kan.

Alhamdulillah.

Zue mulakan dengan Puri Kurma untuk ‘Ayyash, mudah-mudahan mengalir keberkatan makanan kegemaran Rasulullah ni dalam tubuh badan dia. 🙂

puri berkhasiat

 

PURI KURMA

Puri kurma

Tempoh penyediaan : 10 minit

Bahan-bahan :

  1. Kurma
  2. Air secukupnya

Cara penyediaan :

  1. Buang biji Kurma, rendamkan dalam air panas sekitar 5 minit untuk lembutkan dia.
  2. Blend kurma sampai halus.
  3. Sedia untuk diberikan pada baby 🙂

Antara kebaikan kurma kepada bayi :

  1. Menguatkan ingatan
  2. Kaya dengan serat dan potassium
  3. Baik untuk merangsang otak
  4. Menguatkan tulang
  5. Membantu pembentukan gigi
  6. Membantu atasi masalah usus dan sembelit

 

[ BACA : Tip Dan Rahsia Menjadi Magnet Rezeki ]

 

PURI PIR

puri pir

Tempoh penyediaan : 10 minit

Bahan-bahan :

  1. 1 biji pir masak
  2. Air secukupnya

Cara penyediaan :

  1. Kupas kulit buah pir dan potong kecil.
  2. Kukus atau rebus potongan pir selama 10 minit atau sehingga lembut.
  3. Blend potongan pir sampai lumat.
  4. Sedia untuk disuap kepada baby comeeel 🙂

Antara kebaikan buah pir kepada bayi :

  1. Mengurangkan risiko gangguan organ hati
  2. Melancarkan fungsi usus besar
  3. Kaya dengan sumber vitamin C yang dapat membantu tingkatkan imun badan bayi.
  4. Kaya dengan vitamin K, kalium dan serat untuk mencegah sembelit

PURI PISANG

Puri pisang

Tempoh penyediaan : 10 minit

Bahan-bahan :

  1. 1 biji pisang masak
  2. Air secukupnya

Cara penyediaan :

  1. Kupas kulit buah pisang dan potong kecil.
  2. Blend potongan pisang sehingga lumat.
  3. Sedia untuk disuap kepada baby comeeel 🙂

Antara kebaikan buah pisang kepada bayi :

  1. Mudah dicernakan
  2. Bantu atasi masalah sembelit
  3. Mengandungi nutrisi penting seperti kalium, kalsium, magnesium, zat besi dan lain-lain.
  4. Membantu menjaga fungsi otot.
  5. Meningkatkan sel darah merah dengan baik.
  6. Membantu perkembangan tulang yang sihat.

Selamat mencuba 🙂

Berikan air tangan terbaik buat si manja..sesambil buat boleh zikir dan doa banyak-banyak. Boleh juga berikan ‘Super Food’ kepada anak anda bersesuaian dengan umurnya nanti ! =)

 

[ BACA : Tip Dan Rahsia Menjadi Magnet Rezeki ]

 

Luv,
Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali
Shaklee ID 1075383
sakieenah@yahoo.com
018-3164133
Pengedar Sah Shaklee Muar & Seluruh Malaysia

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion10 Comments

  1. Share yang sangat bermanfaat..tapi sayang nya..hajat hati saya nak copy dan paste dalam word untuk saya print dan gunakan di rumah semasa penyediaan puri untuk anak saya..nak buat satu buku resepi puri.boleh emailkan kepada saya soft copy resepi ini?hope puan tak kisah…TQ

  2. Assalam.. tumpang tanya..klu kita buat puri buah2an ni bolehkah kite frozen kan? Sbb sy mommy yg bekerja…

    • Hai Puan. 🙂
      Saya guna dalam 2-3 biji saja itupun bukan sekali makan. Untuk permulaan untuk bagi rasa-rasa je bukan untuk bagi anak kenyang =)

  3. Salam… nk tny. Puree pisang..sy buat pukul 9.. pastu hantar anak ke rumah pngasuh… perlu x pngasuh letak dlm peti ais ?@ letak luar je?
    Nk pnaskan ke mcm mna ya..

Leave A Reply

CommentLuv badge