Review : Thermal Bottle ThinkBaby Yang Berkualiti Dan Selamat Untuk Bayi

0

Assalamualaikum

Lepas salah satu entri KakZue pasal botol susu meletop haritu, tiba-tiba KakZue dapat emel minta buat review tentang satu produk botol susu yang trending sekarang. Rezeki jangan ditolak.. Dan nah, ini hasil review yang jujur dan ikhlas dari KakZue. Jemput baca dengan senyuman gumbira ye.

Pengenalan

Sebenarnya ni first time KakZue dengar produk ThinkBaby ni. Almaklum kita ni guna tommee tippee je sejak anak sulung lagi. Lagipun anak susah sikit nak beralih arah guna botol jenama lain. Alhamdulillah bila cuba tukar dengan ThinkBaby ni mudah pulak dia.

Ni sikit intro yang KakZue dapat dari page dia,

Produk Thinkbaby berusaha menangani kebimbangan yang semakin meningkat mengenai bahan kimia toksik larut lesap daripada produk pengguna dan bertujuan mewujudkan alternatif yang selamat untuk bayi, ahli sukan, ibu bapa dan banyak lagi.

Pada tahun 2006, selepas berjaya meyakinkan beberapa syarikat-syarikat besar untuk mengubah rumusan mereka, Brodwick mencipta barisan alternatif produk pengguna. Beliau membawa kepentingannya dalam kesihatan dan perubatan pencegahan dan latar belakang dalam bidang bioteknologi bersama-sama untuk membentuk sebuah syarikat yang tujuan utamanya adalah untuk mewujudkan alternatif, produk sihat.

 

Thinkbaby Stainless Steel Baby Bottle

botol-thinkbaby

 

Susu Panas Tahan Lama

Mula-mula dapat botol ni memang hati bersorak girang. Anak sulung tu memang tak suka langsung minum susu sejuk (nak susu suam), asal sejuk sikit je suruh tambah air panas. Bila guna botol ni lama sikit tahan panas tu. Cuma kelemahan dia kalau letak dalam suhu sejuk (bilik pasang aircond), memang cepat jugakla susu sejuk sebab botol dia jenis stainless steel.

Sangat Mudah Dibersihkan

Bab membasuh ni memang sensitip sketkan. Kalau guna botol biasa tu jenis plastik, jenuh juga nak sental kalau terkena minyak ke apa. Dengan botol ni sangat mudah nak basuh dan hilangkan kotor dia. Suka mak yang tak berapa rajin ni ha. Haha. Uols semua rajin, i je ni 😀

thinkbabyy

Botol Mudah Panas Dan Sejuk

Yang ni sebenarnya boleh jadi satu kelebihan dan boleh jadi satu kelemahan yang KakZue nampak selama guna botol ni. Bila nak buat susu dan masukkan air panas, automatik akan rasa botol panas sangat. Mula-mula guna agak terkejut, lama-lama dah biasa dan dapat agak air panas nak guna banyak mana. Sebab kita boleh agak nak buat panas tahap mana.

Beza kalau kita guna botol susu yang jenis plastik tu, luar rasa biasa tapi dalam mak aih. Panas. Susah sikit nak agak kan. Tapi takde masalah pada baby nak pegang botol sebab ada pemegang dia dan ada sarung botol yang kalis panas. 🙂

thinkbaby-pemegang

Botol Fleksibel

Satu lagi yang best tentang botol ni bila botol yang sama boleh guna cara berbeza. Boleh jadi botol susu dan boleh jadi botol air. Just tukar je bahagian penutup dia tu. Jimat betul. 🙂

thinkbaby-straw

 

Sangat Berkualiti, Tahan Lasak Dan Selamat Digunakan

Lama-lama KakZue bagi anak guna botol ni memang jatuh cinta terus. Botol ni tahan lasak, dan yang paling penting sangat selamat untuk digunakan. Tak perlu risau lagi tentang BPA dan sebagainya yang merbahaya untuk anak kita.

 

Rujuk artikel ini : 7 Bahaya Penggunaan Botol Susu Melebihi Tempoh Kepada Anak

 

Nak lagi jelas, meh tengok video introduction ni, menarik sangat :

 

 

 

 

 

 

Actually banyak lagi produk dia untuk baby tau, bukan setakat botol susu dan botol air. Yes, Berita gembira untuk anda 24 hingga 27 ni ada BABY EXPO di MIdValley! Wowwwww. Peluang nak dapatkan dengan harga yang lebih jimat!

thinkbaby-tce-baby-fair

 

Kalau tak dapat ke BABY EXPO ni boleh terus buat belian online di web diorang — The Journie

Pun boleh nak cuci mata kat situ dan terus buat order. Soo…tunggu apa lagi. Tukarlah pada produk yag lebih selamat untuk anak anda dan jimat untuk poket anda, hihihi. I really do love this product ♥

 

Sincerely,

KakZue | UmmuAyyash

018-3164133

 

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge