Rezeki Bersifat Abundance

4

Scarcity vs Abundance

 

SCARCITY atau TAK CUKUP
ABUNDANCE atau LEBIH DARI CUKUP

Konsep rezeki adalah ABUNDANCE, atau lebih dari cukup.

Maksudnya, setiap makhluk di dunia ni sudah disediakan rezeki masing-masing.

Kita tidak pernah mengambil rezeki sesiapa, dan sesiapa pun tidak boleh mengambil atau merampas rezeki kita…

Bila kita rasa rezeki kita berkurang, bukan kerana orang lain ambil, tapi ada something not right dalam pencarian rezeki kita.

Tapi… kebanyakan orang berpegang pada konsep SCARCITY.

Bila tengok ada orang dah berjaya, mereka rasa “Hm, dah takde peluang untuk aku”.

Bila tengok ada orang kaya, mereka rasa “Orang kaya ni hidup senang dengan menindas orang susah” dan sebagainya.

Penyakit ni boleh juga melanda para peniaga bila mereka rasa “Ramai dah orang jual ni, takde dah orang nak beli dengan aku..” “Ramainya pesaing, habislah bisnes aku”

Selagi mereka tak keluar dari pemikiran yang tersekat itu (limiting belief), mereka takkan dapat rasa betapa Allah itu Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Memberi.

Setiap orang diberikan Allah periuk nasi masing-masing. Besar atau kecik periuk tu bergantunglah kepada kita.

Kita nak periuk besar, usahalah besar-besar. Tiada orang berhak untuk tabur pasir dalam periuk nasi sesiapa kerana setiap periuk dijaga oleh Allah SWT, dengan syarat, kita jaga hak Allah.

Bila kita rasa ada orang tabur pasir dalam periuk nasi kita, mungkin silap kita tak tutup periuk elok-elok. Orang tak tabur pun pasir boleh terbang masuk.

Kesimpulannya,

1. Setiap orang dijamin rezekinya, jangan takut dengan apa yang orang lain ada. Kita juga ada bahagian kita, jadi gali dan koreklah rezeki kita di mana ia berada.
2. Jadikan kejayaan orang lain terutama orng yang kita kagumi sebagai pendorong, bukan penyekat.
3. Sentiasa jaga hubungan dgn Allah, mudah-mudahan Allah jaga segalanya untuk kita.
Rezeki itu lebih dari cukup untuk semua orang. Sangat cukup untuk kita. Usahalah untuk menjaganya ☺

 

***pesanan kasih sayang dari mentor bisnes.

 

Selamat Menjemput Rezeki !

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion4 Comments

    • posting ni tak tuju pada sesape melainkan diri sendiri sahaja… ini pesanan kasih sayang dari mentor sendiri, saja pahatkan dalam belog ni untuk simpanan peribadi 🙂

Leave A Reply

CommentLuv badge