SANAH HELWAH BUNAYYA

0

Bismillah 🙂

Alhamdulillah, hari ini genap 2 tahun usia anak ummi mengikut kalendar masihi. Seinfiniti kesyukuran kepada Allah atas pinjaman yang sangat berharga ini, ‘Ayyash satu keajaiban buat ummi.

Tak pernah terlintas dalam fikiran untuk berpeluang menikmati saat dan anugerah indah seperti ini.

sanah helwah

Ya Allah..

Daripadanya aku belajar kenal diriku.

Daripadanya aku belajar dekatkan diriku denganMu.

Daripadanya aku tahu kelemahanku.

Dengannya aku semakin menghargai ibu dan ayahku.

Dengannya pantas airmata ku mengalir laju.

Bersamanya setiap detik mendapat hikmah baru.

Bersamanya sentiasa membuatkan hatiku terharu.

Bersamanya membuatkanku sentiasa membesarkanMu…

Ya Muhaimin,

Peliharalah zuriat keturunanku ini.

Hindarkan dia daripada fitnah dunia, debu kejahilan dan mungkar yang melata..

Kuatkan keimanannya, bersihkan hatinya, kentalkan jiwanya sehebat namanya.

Aturkan langkahnya, pilihlah dia sebagai mujahidMu yang akan menemui syahid.

Ya Rahim,

Limpahkan kasih sayangMu padanya,

Pimpinlah setiap langkah perjalanannya,

Tingkatkan taqwa dalam hatinya..

Ya Allah,

Aku serahkan dia buat perjuangan agamaMu.

Jagalah dia selalu…

Perkenankan doaku ini ya Rabb.

Aameen…

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash!

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge