SPF Bantu Lindungi Kulit Anda Dari Bahaya Sinaran UV

0

Bila tiba hari yang cuaca panas teramat, rasa panas terik cahaya matahari tepat memanah ke muka. Silap haribulan, boleh terbakar kulit muka ni kena sinaran UV matahari tu. Tapi bila cuaca redup dan mendung, duduk la lama mana pun di luar, rasa best je.

Benda yang diri sendiri pun baru tahu, rupanya walaupun cuaca redup pun, sinaran UV yang terpancar tetap merbahaya dan boleh merosakkan kulit kita. Sebab tu kita perlukan kepada perlindungan dengan menggunakan SPF dan sunblock.

Selama ni bersenang hati je biar kulit dibakar matahari, bila dah tahu bahayanya barulah mencari something untuk protect kulit ni. Aduhai, risau!

SPF Bantu Lindungi Kulit Anda Dari Bahaya Sinaran UV

 

 

Apa Itu SPF?

SPF atau nama penuh dia – Sun Protection Factor dan dia berfungsi untuk melindungi kulit kita daripada sin aran yang boleh merosakkan sehingga ke lapisan kulit paling dalam. Menakutkan.

Sinaran UVA, yang kita tahu boleh menjadi faktor risiko kepada kanser kulit dan penuaan sel. Manakala sinaran UVB secara ringkasnya boleh mengakibatkan burning – sunburn, walaupun nampak biasa tapi tetap merosakkan sel kulit kita.

Para dermatologist menyarankan untuk menggunakan sunscreen yang mengandungi SPF sekurang-kurangnya 30 dan ia mampu melindungi kulit kita sehingga 97% daripada sinaran UVB.

3 Sebab Utama Mesti Guna SPF :

1. Perlindungan kepada kulit

Sinaran UVB daripada matahari boleh menjadi faktor terbesar yang menyumbang kepada sunburn, dan kulit yang selalu terdedah kepada sinaran matahari untuk tempoh yang panjang boleh mengakibatkan kerosakan kepada sel kulit.

2. Anti penuaan

Kebanyakan tanda penuaan yang kelihatan di muka seperti kedutan adalah berpunca daripada sinaran UV. Sinaran UVA boleh menembusi ke lapisan kulit paling dalam dan merosakkan sel kulit dari dalam. Namun masalah ini boleh diatasi. Cari SPF yang boleh melindungi daripada kedua-dua sinaran UVA dan UVB sekali.

3. Kulit kelihatan sihat dan berseri

Penjagaan kulit yang bagus dan mwndapat perlindungan daripada SPF boleh membantu kulit kita kelihatan lebih muda, sihat dan berseri. Dan lebih bagus kalau anda menggunakan pelembap muka yang mengandungi SPF dalam masa yang sama, ia akan membantu melindungi dan menyihatkan kulit anda dari dalam.

Tip :

Untuk pastikan kulit anda sentiasa mendapat perlindungan daripada sinaran UV, sapukan pelembap/SPF anda 2 jam sekali untuk mendapat protection sepanjang hari.

Nah.. nak share, inilah moisturizer and SPF yang menjadi pilihan hati, sangat recommended sebab sesuai semua jenis kulit, dermatologist tested, dan 8 tahun kajian untuk dihasilkan. Moisturizer ni juga mengandungi nutrition untuk kulit muka lebih sihat dan cantik!♥

 

 

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge