Stress Boleh Jejaskan Kesuburan Untuk Hamil?

0

Stress menanti.

Saya faham perasaan tu. Hari-hari orang asyik bertanya,”Dah ada isi ke?”

Stress rasanya bila hari-hari dihadapkan dengan persoalan yang sama. Walaupun saya pernah menjadi si penunggu setia itu, namun itu hanya untuk 5bulan saja. Itupun sudah saya rasakan seperti 5 tahun lamanya.

Tapi betulke stress sangat berkait dengan kesuburan?

Stress Boleh Jejaskan Kesuburan Untuk Hamil?

Kajian menunjukkan bahawa stress yang melampau dan tak ditangani dengan betul boleh mengganggu proses ovulasi normal bagi wanita. Stress yang terjadi boleh menekan hormon luteinizing yang diperlukan untuk membolehkan ovulasi berlaku. Manakala bagi lelaki, stress yang melampau boleh menjejaskan kualiti sperma.

Satu kajian dibuat terhadap 80 pasangan di Turki menunjukkan betapa stress memberi kesan terhadap jumlah sel telur dalam tubuh pasangan wanita. Kesannya, semakin tinggi stress yang dialami pasangan wanita, semakin rendah jumlah telurnya. Pergerakan sperma juga semakin lambat apabila semakin tinggi stress yang dialami oleh lelaki.

Gaya hidup yang tidak sihat akibat stress penyumbang besar kepada ketidaksuburan

Beberapa pakar berpendapat bahawa gejala stress tu sendiri bukanlah penyebab utama kepada ketidaksuburan,namun kesan daripada stress tersebut, namun impak stress tersebut membuatkan orang biasanya lebih gemar merokok, yang mana itu boleh mengurangkan peluang untuk anda cepat hamil.

Belajar tangani stress dengan baik.

Anda juga boleh ikhtiar dengan Set Kesuburan yang dah terbukti membantu ramaaai pasangan mendapatkan zuriat, Alhamdulillah.♥

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge