Surah Pilihan Sebagai Amalan Ibu Hamil

0

surah amalan

Assalamualaikum 🙂

Sepanjang tempoh kehamilan sebenarnya adalah proses mendidik diri kita supaya anak yang dikandung juga akan mendapat didikan yang hebat daripada ibunya.

Biasanya…tempoh hamil ni lah ibu-ibu akan makin sensitif, kuat merajuk dan sebagainya..kan? hehe. Saya pun macam tu juga. Rasa lain betul time pregnant dengan bukan pregnant. Emosinya menjadi-jadi. Kalau tak pandai kawal tu memang meleleh je airmata setiap masa. huhu..

Ramai sangat pesan pada saya, banyakkan membaca Al Quran sepanjangn tempoh hamil, dan kalau boleh khatamkan 2-3 kali Al Quran sepanjang kehamilan, supaya anak yang lahir nanti baik akhlaknya, mudah engar kata dan mudah dijaga.

surah amalan ibu hamil

SUBHANALLAH.

Saya ada seorang sahabat, bila saya lihat anak beliau.. Sangat baik dan sopan. Sejuk mata memandang. Sangat mudah mendengar kata, belajar senang faham dan hafal, sangat soleh bagi saya!

Saya pun korek rahsia beliau..

Rupanya, si ibu dan ayah memang sangat rajin bacakan Al Quran kepada baby sejak dalam kandungan lagi !

MasyaAllah. Hebat ibu bapa ini. Nak lahirkan anak yang hebat bukannya mudah, ibu bapa memang mainkan peranan penting dan perlu sangat banyak berkorban 🙂

Masa saya pregnantkan ‘Ayyash dulu, saya sangat amalkan surah Al Hujuraat, dengan niat nak banyakkan susu badan supaya dapat susukan ‘Ayyash sehingga 2 tahun. Alhamdulillah, Allah perkenankan hajat saya.. Sempurna 2 tahun menyusukan ‘Ayyash :’)

Ibu lah madrasah pertama si anak.

Jom sama-sama berusaha jadi ibu yang hebat dan solehah! 😀

 

 

Luv,
Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali
Shaklee ID 1075383
sakieenah@yahoo.com
018-3164133
Pengedar Sah Shaklee Muar & Seluruh Malaysia

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge