Teknik Cepatkan Bukaan Rahim Untuk Elakkan Overdue Dan Kena Induce

20

Assalamualaikum

Pengalaman bersalin adalah satu pengalaman yang takkan pernah sama bagi setiap wanita. Hebatkan Allah? Dalam berjuta wanita yang Allah berikan peluang merasai nikmat mengandung dan melahirkan, takkan pernah ada satupun yang sama.

Pengalaman saya bersalinkan anak pertama memang banyak beri pengalaman baru. Dalam usia kandungan yang baru 36week 6day, air ketuban pecah tanpa ada bukaan jalan. Rasa sakit pun langsung tak ada, betul-betul buat hati ni terasa sangat mendebarkan. Masa tu tak pulak reti nak menggali ilmu bab-bab bersalin, fokus kat ilmu breastfeeding je, huhu. Sudahnya terpaksa di induce dengan penuh harapan supaya saya tak kena operate!

 PENGALAMAN KEDUA

Bila dah ada pengalaman pertama macam tu, untuk yang kali keua ni saya asyik ternanti-nanti kalau baby pun nak keluar awal 3 minggu macam abang dia. Tunggu punya tunggu sampai dah masuk 39 week pun masih tak ada tanda nak bersalin. Dalam hati berfikir,”Janganla kali ni kena induce lagi sebab overdue pulak. Tak sanggup rasanya.”

Masuk je 39week 3day, saya dah mula ‘kelam kabut’ cari cara untuk cepatkan bukaan rahim dan boleh bersalin normal. Macam-macam cara saya jumpa, termasuk ada yang kata makan kari hari-hari untuk cepatkan bersalin pun boleh!

 

TEKNIK YANG SAYA BUAT UNTUK CEPATKAN BUKAAN RAHIM UNTUK ELAK OVERDUE DAN KENA INDUCE

 

#Banyakkan berjalan

Dua hari saya pulun berjalan. Ya, hanya berjalan berpusing-pusing didalam rumah. Seawal pagi selesaikan semua kerja rumah, dan lepas tu memang fokus berjalan je. Jalan pulak jalan laju-laju dengan niat nak bagi rasa sakit tu ada. Alhamdulillah, mula-mula rasa mild contraction, tapi kejap je. Jadi saya teruskan je berjalan dan berjalan …

#Naik turun tangga

Rumah saya memang takde tangga, jadi apa yang saya buat adalah naik turun atas kerusi kecil, seolah-olah nampak macam naik turun tangga. Pun sama. Saya buat ulang-ulang sampai badan rasa letih. Rehat kejap. Kemudian buat semula. Sepanjang hari.

#Berjalan itik

Part ni paling kelakar sebab anak sulung pun join skali,haha.. Memang macam main lumba jalan itik dengan anak, seronok jugak rasanya, hilang stress..hihi.

#Duduk bersila dengan dua tapak kaki bertemu

Yang ni memang buat dalam keadaan sangat relaks.. Dah penat berjalan berpusing bagai, saya akan stop kejap untuk duduk bersila dengan dua tapak kaki bertemu.

#Ambil Natural Induce

Mula-mula tak tahupun pasal ni, tapi bila buat study dan tanya-tanya orang yang lebih pakar, rupanya boleh. Jadi saya ambil Gla Complex sebagai induce semulajadi untuk bantu cepatkan bukaan rahim dan contraction.

 

CONTRACTION BERMULA

Dua hari saya amalkan semua diatas, dan Alhamdulillah! Waktu Maghrib hari kedua buat tu saya dah rasa sakit-sakit. Masa tu pulak baru nak buka puasa, makan laksa pulak tu. Huhu. Saya sanggup habiskan dulu laksa tu sebab sakit pun tak berapa kuat lagi. Nanti dah bersalin kena pantang laksa setahun pulak,haha..

Waktu orang solat terawih, saya call suami yang masih kat masjid masa tu. Ajak suami ke hospital sebab contraction dah makin kuat. Suami balik, jam 10 malam kami keluar dari rumah, hantar anak sulung pada pengasuh, dan kami terus ke hospital.

Sampai di hospital jam 10.30, saya terpaksa duduk tunggu dulu sebab doktor yang bertugas ada sorang je, patient pulak ramai. Setengah jam tunggu, sakit makin kerap. Terus bagitau kat nurse yang saya dah tak tahan, macam nak bersalin dah rasanya. Terus nurse tolak masuk labour room. Cek bukaan dah 6cm!

Dengan bantuan 2 orang nurse dan suami saya, proses bersalin bermula. Terus nurse pecahkan air ketuban dan bukaan jadi 10cm. Alhamdulillah, jam 11.45 malam putera kedua saya lahir dengan mudah dan selamat. Syukur sangat!

Alhamdulillah.

Pengalaman kehamilan kedua yang sangat berbeza dengan set nutrisi hamil semulajadi.

Pengalaman bersalin anak kedua yang sangat smooth dan mudah.

Pengalaman berpantang dengan set berpantang terbaik sesuai untuk czer dan normal.

Semuanya saya akan kongsikan dengan anda ^^,

Saya doakan semoga ibu-ibu semua akan dimudahkan proses bersalin tanpa ada sebarang masalah. Sebarang perkongsian sangat dialu-alukan di bahagian komen. 🙂

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
COD area : Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran  :)

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion20 Comments

  1. Saya sekarang 41minggu, doc dah bg date induce kalau xde progress minggu ni.. hopefully bersalin sebelum date doc bg..

  2. ummu istisyhad

    Betul zue..akak byk berjalan kt skolah..turun naik tangga..esoknye pg2 nk g skolah mcm biase ngah bersiap rase awat mengeras semacam je..tp xsakit..saje g maternity cek..standby skali brg baby..smpi maternity pkul 8.15 am..skali misi cek jalan dah bukak 9cm..bile2 dah blh teran..tanda xde..sakit kuat pn xde..due jd awal 2 mgu..mlm tu
    sempat lg bersama..alhmdlh..slmt bersalin pkul 8.44 am..;)syukur..

  3. sy da nak masuk 39minggu ..Ya Allah,da risau sgt da ni.. mohon sgt2 d jauhkan induce atas LSCS.. rumah sy blok 4tingkat,xde lif dan atas skali..hari2 sy turun naik walaupun sekadar ke kedai. tp xde pape.. takot Ade,sedih ade,risau pun Ade.. 😭😭

Leave A Reply

CommentLuv badge