Terima Kasih Allah, Selamat Hari Lahir Sayang Ummi.

0

Dalam hidup kita, pasti ada anugerah terindah yang Allah berikan, dan bagi seorang ibu…anak-anak adalah anugerah terindah yang mewarnai kehidupannya.

Selamat Hari Lahir, Pejuang Kecil Ummi

Alhamdulillah, anak kedua yang dulunya disahkan jantung berlubang, kuat berjuang untuk hidupnya, menjalani pembedahan seawal usianya 3 bulan, masih lagi dipinjamkan nafas untuk terus menceriakan hari ummi dan abi.

Tanggal 5 Julai lalu, genap usia anak ummi 3 tahun. Terasa pantas sekali masa berlalu…dan separuh usianya hanya membesar didalam wad. Komplikasi daripada pembedahan pertama, paru-paru kirinya tidak berkembang dengan baik sehingga berlaku sedikit paralysed.

Akibatnya, hanya paru-paru kanan yang bekerja keras dalam mencukupkan oksigen. Dan kesan daripada tu, keadaan Miqdad sangat fragile dan sangat mudah berjangkit. Paling menyedihkan kami, hospital menjadi rumah kedua.

Setiap bulan, memang dah wajib check in wad. Letihnya fizikal dan emosi kami hanya Allah yang tahu, namun seboleh mungkin kami suami isteri menikmati saja momen dan cabaran ini dengan hati yang lapang dan redha. Kerana kami yakin akan ada pelangi selepas hujan, bersama setiap kesulitan Allah beri, ada dua kemudahan lain.

Apa saja yang boleh, kami usahakan yang terbaik untuk anak-anak..termasuk menjaga pemakanan miqdad dan apa saja yang baik untuk tingkatkan imun badannya termasuklah mengambil vaksin tambahan untuk pneumococcal (satu dos saja berharga Rm 280, dan perlukan untuk ambil 2 dos) dan juga makanan tambahan (suplemen untuk kuatkan imun badan).

Alhamdulillah atas izin Allah, syukurlah miqdad memang mudah sangat ambil vitamin, kalau ubat reti pulak dia reject😅, konsisten dengan mealshakes, omegaguard dan Nutriferon..sedikit demi sedikit kami perasan..miqdad tak lagi warded sejak beberapa bulan yang lepas.

Walaupun nampak sihat sekarang, tetap tak culas berikan suplemen untuk Miqdad dan cuba kurangkan seboleh mungkin processed food (miqdad suka makan biskut), dan selalu cuba penuhkan fridge dengan buah-buahan segar dan healthy food. Of course benda ni sangat perlukan cost, nak sihat memang costly tapi kalau sakit lagi banyak kos yang perlu kita keluarkan.

Jadi ummi selalu fikir, lebih melegakan hati bila kita berhabisan duit untuk pelaburan kesihatan, berbanding habis duit untuk merawat sakit sana sini..mashaAllah.. ummi minta Allah jaga selalu anak-anak ummi dan berikan kesihatan terbaik.

Alhamdulillah..

Orang selalu berikan pesan ini untuk ummi,“Inilah anak yang jaga ummi nanti.” Sebab Miqdad ni mashaAllah hebat sangat cabaran membesarkan dia. Tantrumnya, perlu bergunung kesabaran dan airmata😂 selalu umi sumpah yang baik-baik saja untukmu, moga besar nanti jadi pejuang agama.

Panjang lagi perjalananmu Miqdad. Semoga anak ummi sihat selalu, membesar dengan soleh dan musleh. Menjadi penyejuk hati umi dan abi selalu❤

Kehadiran Anak Ketiga Mencambah Kebahagiaan

9 Julai 2017.

Lahir Ubaidah Amir AlJarrah

Pregnantkan Ubaidah memberi rasa trauma untuk ummi. Bimbang berulang… dengan keadaan masa tu, emosi turun naik, keluar masuk bilik xray menemani si miqdad, dan umi hanya tahu kehadiran Ubaidah didalam rahim selepas discaj daripada wad menjaga Miqdad.

Betapa resahnya hati waktu tu sebab umi baru je melangkah masuk bilik xray tanpa umi tahu Ubaidah ada dalam kandungan. Bila terbaca artikel Dr Zubaidi tentang ni, hati umi jadi sedikit tenang. Namun masih resah juga memikirkan takut berulang seperti Miqdad.

Setelah berbincang dengan suami, ambil keputusan untuk lakukan scan jantung baby di klinik materniti Tey Muar Johor. Alhamdulillah everything went well.. dan umi terus berdoa mengharapkan kebaikan untuk kandungan ketiga ini..

Walaupun bermacam cabaran bersama Miqdad keluar masuk wad, pembedahan kedua Miqdad di IJN, dan bermacam lagi cabaran, it seems i really enjoy this pregnancy..less stress dan langsung tak culas ambil suplemen set kehamilan, sama macam kehamilan kedua, pun ambil juga suplemen tapi agak culas, makan pun tak jaga sebab sibuk urus pindah rumah masa tu.. (alasan sangat kan…)

Dan Alhamdulillah ..seinfiniti syukur, dah genap setahun anak umi Ubaidah, anak yang mudah dijaga, yang hepi sentiasa, yang tak banyak kerenahnya…

Ayyash, Miqdad dan Ubaidah. Hero-hero ummi yang selalu umi doakan tak kira waktu. Semoga kebaikan dan rahmat Allah selalu melimpah dalam hidup anak-anak umi, sehingga akhir hayat…

Anak-anak, amanah dan ujian.. semoga saja Allah beri kekuatan dan bimbing langkah umi abi dalam mendidik dan mengasuh, kenalkan Allah dan Rasul, jadi mukmin yang selalu memberi manfaat pada orang lain.

Sanah helwah Miqdad dan Ubaidah!

5 Julai 2015 | 9 Julai 2017

Sayang selalu,
Ummy❤

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge