Tingkatkan Kesuburan Suami Dan Isteri Dengan Pengambilan Vitamin E

0

Pengambilan nutrisi yang baik seperti vitamin dan mineral boleh meningkatkan peluang kehamilan kepada pasangan suami isteri. Salah satu vitamin yang membantu kesuburan adalah vitamin E.

Fungsi Vitamin E untuk kesuburan wanita

Satu kajian menunjukkan bahawa suplemen vitamin E boleh membantu wanita yang ada masalah dinding rahim yang nipis. Vitamin E boleh membantu menebalkan dinding rahim.

Satu kajian dilakukan ke atas sekumpulan wanita yang mempunyai ketebalan dinding rahim kurang dari 8mm. Mereka memberikan vitamin E kepada kumpulan wanita ini dan hasilnya, setelah diberikan vitamin E, mereka mengalami peningkatan ketebalan dinding rahim.

Ketebalan dinding rahim yang ideal sangat penting untuk kehamilan. Ini kerana embrio perlu menempel dengan baik pada dinding rahim supaya boleh membesar menjadi janin. Wanita yang memiliki dinding rahim yang terlalu nipis boleh menyukarkan pembentukan janin dalam kandungan.

Vitamin E juga mampu melindungi sistem reproduksi kita dari kerosakan akibat radikal bebas dan juga dari kerosakan sel yang boleh menjadikan dinding rahim menipis. Selain itu, vitamin E juga bertindak sebagai anti pembekuan semulajadi, ia akan mencairkan darah yang beku di kawasan rahim wanita. Oleh sebab itu peredaran darah di rahim menjadi lancar dan boleh membawa kepada ketebalan rahim.

 

Fungsi Vitamin E untuk kesuburan lelaki

Vitamin E bukan je baik untuk kesuburan wanita, ia juga sangat bagus untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Satu kajian menyebutkan bahawa gabungan vitamin E dan selenium boleh meningkatkan kualiti sperma lelaki. Lelaki yang mendapat keperluan vitamin E dan selenium akan memiliki sperma dengan pergerakan dan bentuk yang lebih baik.

Lelaki yang mengamalkan vitamin E dan selenium ini, umpama menjadi ‘gps’ kepada sperma untuk bergerak didalam rahim wanita. Dan ini boleh meningkatkan peluang kehamilan untuk mendapat cahaya mata!

 

 

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge