Tip Bisnes Shaklee : Mulakan Dengan Apa Yang Ada Di Tangan

0

Assalamualaikum

Ramai yang teringin nak buat second income, jana pendapatan kedua dan tak kurang ramainya surirumah yang berimpian nak ada pendapatan sendiri melalui bisnes, sama ada online atau offline.

Tapi bila memikirkan banyak perkara dan ketidakcukupan yang ada, maka hasrat tu dibiarkan terkubur begitu saja..

Sayang seribu kali sayang.

Apa yang saya pegang sejak mula menceburkan diri dalam bisnes Shaklee ini, mulakan dengan apa yang ada ditangan.

Ya, masa mula-mula tu dalam tangan memang tak ada modal yang banyak. Dan saya hanya keluarkan RM 79.50 sahaja dari duit gaji (waktu tu masih bekerja) dan mulakan bisnes online saya bersama Shaklee.

Masa tu juga saya ada smartphone. Jadi, untuk manfaatkan sebaiknya apa yang ada dalam tangan saya, saya gunakan sehabis baik. Semuanya saya gunakan sepenuhnya untuk jalankan bisnes Shaklee saya dan alhamdulillah, 5 bulan lepas tu saya mencapai bonus 4 angka sebulan sehingga sekarang.

Awal-awal mula dulu, satu habuk apa pun pasal bisnes dan shaklee saya tak tahu. Background famili bukan dari yang aktif berbisnes. Saya anak yang dimanjakan. Mak ayah tak pernah izin untuk bekerja (masa belajar) selagi mak ayah boleh tanggung, mereka akan tanggung.

Ilmu bisnes? Langsung tiada.

Tapi saya ada hati yang sanggup belajar dari zero to hero. Dari tak tahu apa, sekarang banyak perkara saya teroka.

Saya ada kesungguhan dan komited yang tinggi untuk bangunkan bisnes saya.

Saya ada keinginan yang besar untuk bantu lebih ramai wanita dan surirumah untuk capai impian mereka.

Kalau kita nak tunggu sempurna, entahkan sampai bila pun takkan bermula.

Bermulalah sekarang.

Apa yang kita mulakan harini, pasti 3 tahun akan datang kita akan berterima kasih pada diri kita sebab dah memulakannya.

Saya nak bantu anda, kalau anda ada ciri yang sama dengan saya.

Kita jadi bisnes partner bersama. Mahukah? 🙂

 

#ZedNaBizGroup #UmmuAyyashInspiration

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge