Tip Dan Panduan Balik Beraya Rumah Mertua

0
Setiap kali Ramadhan menghampiri ke penghujungnya, bagi sesetengah pasangan ini mungkin soalan femes yang akan dibincangkan termasuklah saya sendiri. Hehe. Namun dah masuk tahun ke 4 beraya bersama ni macam dah tak kesah nak raya mana dulu, mana-manapun ok 🙂
Mungkin ada sesetengahnya tu dah buat turn masing-masing untuk balik beraya ke rumah mertua, namun ada jugak yang tiap-tiap tahun pun beraya rumah mak dia dulu. Giliran mana tu atas perbincangan masing-masinglah, yang penting kita kita tahu matlamat raya kita nak buat mak ayah dan mertua kita hepi.
balik beraya dirumah mertua

Objektif :

 

Setelah selesai selama beraya di rumah mertua, saat nak meninggalkan mereka, mak dan ayah mertua sangat gembira di atas kehadiran beraya di rumah mereka.

KPI (Key Performance Indicator) :

Mak dan Ayah mertua mengalirkan air mata kegembiraan dan sayu ditinggalkan. Semua adik beradik ipar di rumah melambai-lambai berpeluk cium sebelum berpisah.

STANDARD OPERATING PROCEDURES SELAMA BERADA DI RUMAH MERTUA:

Suami:

  1. Bersedia untuk menolong apa saja keperluan (ringan tulang) jika diperlukan sama ada oleh isteri, anak-anak, mertua atau adik beradiknya.
  2. Bersedia untuk ke kedai membeli barang keperluan.
  3. Mendahulukan membeli barang keperluan daripada adik beradiknya yg lain.
  4. Sentiasa bertanyakan keadaan isteri dan anak-anaknya (setiap 2 jam).
  5. Yang terawal bangun dan mengejutkan anak-anak utk solat subuh berjamaah di masjid terdekat.
  6. Sentiasa kemas dan menjaga imej seorang suami dan pemimpin walaupun itu rumahnya sendiri.
  7. Pada hari kedua, bawa anak isteri keluar shopping atau lepak-lepak utk “break the monotonous”. Masa inilah review bersama pencapaian masing-masing setakat ini.

 

Isteri:

  1. Susun semua bagasi (barang dan pakaian suami, isteri dan anak-anak) dibawa di satu tempat (bilik) yg sediakan agar mudah diambil dan tiada yang tertinggal nanti.
  2. Terus ke dapur untuk semak mana-mana barang keperluan yang perlu di “top up” sambil memerhatikan kedudukan simpanan segala rempah ratus dan peralatan di dapur. dan serah pada suami utk membelinya dgn segera. Sebelum adik beradik yang lain membelinya dan apa lagi jangan biarkan ayah atau maknya sendiri yang membeli.
  3. Susun strategi sentiasa berada di dapur membantu mertua. Pastikan keperluan anak-anak di selesaikan sebelum sesi dapur bermula.
  4. Jika anak perempuan boleh diharapkan, pastikan mereka juga berada di dapur membantu opahnya. Jika ada anak perempuan lagi, tugaskan yang kedua ini membasuh apa saja pinggan yang singgah ke sinki.
  5. Semasa menghidang makanan, pastikan semua dah dapat habuan masing-masing, barulah capai pinggan untuk dirinya.
  6. Jika ada perkara yang tidak suka, kasi signal kepada suami ukt masuk ke dalam bilik berbincang secara “private”. Cuba selesai dgn bermatlamatkan “hiburkan kedua mertua”.

 

Anak-anak yang sudah memahami:

  1. Ikut dan patuh arahan dan S.O.P. balik kampung.
  2. Kalau ada perkara yg tidak puas hati, mengadu kepada ayah dahulu. Boleh mengadu dikhalayak.
  3. Jika nak mengadu kepada mak, buat di dalam bilik secara “private”.
  4. Sentiasa berpakaian kemas sesuai dengan suasana dan masa. (pagi lain, petang lain dan malam pakai baju tidur). Jika untuk bergambar – cepat-cepat tukar pakaian raya yang cantik dan sedondong.
  5. Sentiasa bersalaman jika ada tetamu bertandang semasa raya.
  6. Kalau tengok TV, duduk bersama Mak atau Ayah di jarak jauh. Bukan berlangut di depan TV bersama-sama dengan sepupu-sepupu. (jaga imej)
  7. Kalau orang bagi duit raya, ucap terima kasih dan terus berikan kepada Mak. Jangan tayang beg duit raya ke hulu ke hilir tunjuk pada orang.

 

Semua:

  1. Sebaik sahaja meninggalkan rumah atuk/opah, terus doakan Allah SWT memberi pahala atas kerjasama menghiburkan Mak, ayah dan adik beradik di kampung.
  2. Jika KPI berjaya (mak menangis terharu) raikan bersama makan minumlah di RR dengan keampunan dan kesyukuran pada Illahi atas keizinanNYa jua.

 

balik-kampung mertua

Selamat amalkan.
Hari raya adalah hari untuk kita gembirakan semua orang … inshaAllah hati kita pun akan rasa lapang dan bahagia.
Taqabbalallah minna wa minkum ajma’en♥
SUMBER DARI :  ratuhati.com

Ummu Ayyash | Zulaikha Ali

(Shaklee Independent Distributor 1075383)

FB : Zulaikha Ali

FB PAGE : UmmuAyyashDotCom

018-3164133

sakieenah@yahoo.com

Pengedar Shaklee Kawasan Muar

Luar dari kawasan Muar boleh gunakan perkhidmatan POSLAJU/GDEX/CITYLINK untuk penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Singapore.

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge