Tip Dan Panduan Untuk Memulakan Homeschooling

2

Assalamualaikum 🙂

Dua tiga hari yang lepas ummi sibuk sangat berkemas-kemas rumah sebab tak sempat nak kemas untuk sambut awal Muharram haritu. Jadi sebelum masuk tahun baru masihi, pulun jugak untuk kemaskan rumah, sebab utama nak siapkan bilik tetamu dan kedua siapkan suasana bilik learn, play and fun untuk mulakan homeschooling Ayyash.

Teruja sangat-sangat nak mulakan walaupun sebenarnya memang dah lama mula cuma tak konsisten dan tak serius. Buat sambil-sambil takde ambil rekod dan simpan maklumat. Disebabkan Ayyash nak masuk 3 tahun dah 2016 ni, ummi nak mulakan secara serius. Banyaaaak sangat nak ajar anak ummi ni, jadi ummi pun cuba prepare tip dan panduan untuk memulakan homeschooling.

Langkah pertama untuk menjayakan aktiviti homeschooling ialah menyediakan dokumen tertentu khusus untuk si manja. Dokumen yang perlu diwujudkan ini bertujuan untuk semakan badan bertanggungjawab bagi memantau aktiviti homeschooler yang memberi pendidikan kepada anak-anak di rumah.

Perkara Asas Diperlukan

  • Buku Rekod – Bagi aktiviti yang tidak melibatkan penggunaan kertas seperti menanam sayur atau membeli belah, ambil gambar aktiviti tersebut dan rekodkan di dalam buku rekod anda.
  • Fail – Fail diperlukan untuk menyimpan segala hasil kreativiti dan aktiviti anak-anak yang menggunakan kertas seperti melukis dan mewarna. Pilih fail daripada material plastik. Hal ini penting kerana ia perlu disimpan dalam jangka masa yang lama.
  • Kotak hasil – Kotak pula akan digunakan untuk menyimpan hasil kreativiti anak-anak yang tidak dapat dimuatkan di dalam fail.
  • Alat bantu mengajar – Buku, internet dan alat bantu mengajar yang lain boleh digunakan sebagai sumber rujukan dalam menjalani aktiviti homeschooling dengan anak-anak.
    [ Majalah Pa&Ma Feb 2013 ]

Konsep homeschool

  • Kualiti masa, bukan kuantiti – Anda boleh berada di sisi anak-anak sepanjang hari. Namun berkemungkinan anda dan si kecil hanya melakukan aktiviti masing-masing. Biarpun bekerja, anda boleh melakukan aktiviti homeschooling. Kata kuncinya ialah kualiti. Anak-anak lebih aktif untuk belajar pada waktu pagi. Bagi anda yang bekerja sendiri dan bekerja dari rumah, rancang waktu kerja anda pada waktu petang supaya waktu pagi dapat diluangkan bersama anak-anak.
  • Merancang aktiviti  – Perancangan yang baik dapat menjimatkan masa anda dan anak-anak sewaktu menjalani aktiviti homeschooling.Gunakan buku perancang (planner) untuk merancang aktiviti harian, mingguan dan bulanan. Bincangkan bersama anak-anak bagi mendapatkan persetujuan bersama tentang aktiviti yang diadakan. Seawal umur tiga tahun, si kecil sudah boleh dibawa berbincang seperti orang dewasa.
  • Berjimat dengan 3R – Aplikasikan konsep Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula. Homeschooling bukanlah aktiviti yang mahal dan eksklusif. Kebanyakan aktiviti menggunakan bahan dipersekitaran anda yang boleh diguna semula.
  • Berkumpulan – Anda tidak perlu melakukannya secara bersendiri. Terdapat beberapa kumpulan ibu yang mengamalkan homeschooling di Malaysia. Atur temu janji ataupun playgroup untuk melakukan aktiviti seperti lawatan ke rumah orang tua bersama-sama.
  • Pembelajaran itu luas – Homeschooling  sebenarnya bukan khusus untuk anak-anak. Ia merupakan masa untuk ibu dan ayah belajar bahawa ilmu itu luas berbanding apa yang tertulis di dalam buku. Ambil tanggungjawab untuk memulakan homeschooling bersama anak-anak sebaik sahaja anda bersama-sama mereka.

 

==============================================

So now i am a newbie in homeschooler ^^,
homeschool (1)

10 Tip Dan Panduan Untuk Memulakan Homeschooling

Berikut adalah 10 perkara yang setiap homeschooler baru perlu tahu – some been there, done that tips! Untuk permulaannya nampak macam scary, tetapi percayalah ianya sesuatu yang very exciting and sesuatu yang tidak ternilai buat anda. Have joy in your journey and know that you are not alone.

 

1. Tidak ada kurikulum sempurna – Jangan menghabiskan masa anda setiap kali untuk mencari kurikulum yang sempurna. Apa jua yang anda lakukan bersama anak-anak adalah suatu kurikulum yang sangat menyeluruh. Always to get connected with the kids.

 

2. Relationships are more important than books – Kadang-kadang ia perlu untuk mengetepikan buku-buku dan bekerja pada sebuah relationships. School at home adalah lebih kepada gaya hidup keluarga , ia bukan sepenuhnya suatu bentuk sekolah seperti di tadika/ nursery.

 

3. Do what works with your family – Pastikan fokus anda pada apa yang anda perlu buat untuk anak-anak anda yang telah di homeschoolkan, jangan sekali-kali compare apa yang kita buat dengan orang lain telah lakukan. Anda lebih kenal keluarga anda yang telah anda bina selama ini.

 

4. Be willing to let some things go – Sesuatu yang sangat mencabar untuk mempunyai rumah dihiasi dengan sempurna, rumah spotlessly bersih, baju yang berlambak perlu dicuci dan makanan yang biasa akan tersedia di atas meja setiap hari. Nampak macam buat ala kadar, yang sebenarnya anak anda sihat dan di jaga dengan elok di rumah. Jangan risau, anda tidak gagal pun sebagai seorang isteri, ibu atau guru ok.

 

5. Fleksibel – Waktu bersama anak memang terlalu fleksibel. Jika ibu/ keluarga anda ingin ajak berjalan ke mana-mana, pastikan anda sememangnya sudah bersedia untuk untuk lebih fleksibel dan spontan , ia boleh menjadi sebahagian daripada hari-hari pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak sebenarnya.

 

6. Set goals – How do you know how far you’ve come if you don’t know where you started?

 

7. Write a mission statement – Write down your “why” so you can refer to it on those crazy “why am I doing this?” days

 

8. Expect criticism – Not everyone is going to agree with your decision to homeschool.  Be confident you are making the right choice for your family.

 

9. Everyone feels like quitting at some point – It’s true.  Everyone feels like throwing in the towel at some point.  Really.

 

10. Sentiasa berseronok bila bersama keluarga, setiap pelajaran tidak perlu untuk rasa seronok! – Some things in life just have to be done whether we find them fun or not.  Same is true of school.  Sometimes we have to buckle down and do hard things.

Selamat datang ke dunia indah homeschool yang menyeronokkan !

Thank you Madam 🙂

homeschool ummuayyash
***Dapatkan FREE PRINTABLE HOMESCHOOL PLANNER di sini — KLIK

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge