Tip Dan Rahsia Untuk Berhenti Menjerit Pada Anak

1

Dah beberapa minggu saya struggle untuk buang bad habit yang satu ini.

Rasanya amat sukar. Namun saya yakin ianya tak mustahil dan saya mampu lakukannya.

Bukan mudah nak ubah sikap yang dah bertahun melekat dengan diri.

Perlukan masa dan kekuatan mental.

Dan hasilnya..

Sekarang saya dah mula boleh control diri dalam beberapa keadaan dan ianya satu kejayaan buat saya.

*bangga mak*

Perkara pertama yang kita kena buat untuk ubah habit ni, tanya dulu pada diri kita beberapa soalan.

  • Apa biasanya yang jadi punca kita nak marah dan jerit kat anak?
  • Bila masa atau keadaan yang buat kita betul-betul rasa nak marah?

 

tip-dan-rahsia-stop-marah-anak

 

Nah, bila kita dah ada jawapan untuk itu then kita akan jumpa jalan macam mana nak atasi perkara ni.

 

Sebagai contoh,

 

“Saya tahu saya ni cepat serabut dan marah kalau suasana bising sangat. Too much noise. Jadi saya akan pastikan semua bunyi (radio, televisyen and whatever) ditutup sepanjang hari. Atau tutup lepas selesai dengar/lihat.”

 

 

“Saya akan mudah sangat nak marah bila banyak kerja-kerja di laptop tergendala dan terganggu. Jadi saya setkan masa kerja di ofis hanya bila anak tidur. Anak berjaga? Yet, layan mereka sepuasnya dan sebaik mungkin.”

 

 

“Ada mak yang jenis cepat marah bila anak-anak asyik basahkan baju (simbah air kat baju mak) tiap kali mak nak mandikan anak-anak.

So mak ni tadi buat satu peraturan. Tak boleh simbah-simbah air bila dia tengah mandikan. Dan akhirnya dia akan beri ruang dan masa untuk anak-anak main air sepuasnya dalam bilik air.

Tapi kalau anak dia tak ikut peraturan tu, no more time untuk main air dah. Terus lap badan dan pakai baju.”

 

 

“Saya tahu saya akan lebih mudah marah anak bila saya lapar. Jadi untuk elakkan, saya akan pastikan untuk ambil heavy breakfast especially protein untuk bekalkan tenaga sepanjang hari. Moodpun tak spoil.”

 

Its all about finding your triggers then figuring out how to work around them.

 

Jadi apa langkah seterusnya?

 

Ambil buku nota ibu.

Tumpukan perhatian pada waktu-waktu yang boleh buat ibu rasa marah, write them down and make a plan.

 

Ada yang sudi share dengan saya?

 

 

Usaha Jadi Yang Terbaik Untuk Anak-Anak,

UmmuAyyash

 

[wysija_form id=”1″]

 

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion1 Comment

Leave A Reply

CommentLuv badge