Tip Mudah Atasi Bengkak Kaki Semasa Hamil

2

Bismillah.

Assalamualaikum 🙂

Rata-rata ibu mengandung mungkin akan ada pengalaman bengkak kaki ketika hamil. Pengalaman Zue sendiri masa mengandungkan ‘Ayyash dulu, start 7 bulan kaki dah bengkak dah. Kasut pun bertukar 2,3 kali sebab tak muat. Upss. Bukan takat kaki je bengkak. Muka pun kembang setaman…hihi.. mujurlah tangan tak bengkak.

Tak pelik jugak sebab kaki bengkak masa tu. Sebab time tu Zue masih lagi bekerja – mengajar. Memang banyak berdiri..tu yang kaki bengkak-bengkak tu.

MENGAPA BENGKAK KAKI BERLAKU KETIKA HAMIL ?

edema-kaki-bengkak-selama-kehamilan

Bengkak kaki ketika hamil ataupun Edema biasanya terjadi pada penghujung trimester kedua atau semasa trimester ketiga. Bila kandungan semakin membesar, tubuh akan mula menghasilkan cairan atau darah yang lebih didalam badan akibat perkembangan tubuh semasa kehamilan.

Apabila rahim membesar, ia akan menekan pembuluh darah sehingga mengganggu perjalanan kembalinya darah ke jantung. Maka ia akan menyebabkan cecair tambahan ini berkumpul di bahagian kaki dan berlakunya pembengkakan pada kaki dan pergelangan kaki. Adakala juga bengkak ni berlaku pada muka dan tangan.

TIP MUDAH UNTUK ELAK BENGKAK KAKI KETIKA HAMIL

kaki-bengkak-semasa-hamil

 1# Kurangkan pengambilan garam didalam makanan, sebab garam ni memiliki sifat mudah serap air. Lagipun garam banyak memang tak elok, kena darah tinggi pulak nanti. 😛

2# Elakkan berdiri untuk jangka masa yang lama.

3# Kerapkan pengambilan air masak untuk mengurangkan pengekalan air yang banyak dalam badan.

4# Alaskan kaki dengan bantal semasa tidur atau rehat supaya kedudukan kaki lebih tinggi. Semasa berbaring, mengiring ke kiri kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.

5# Kurangkan pengambilan kafein seperti kopi dan teh.

6# Pilih kasut yang selesa dan elakkan memakai kasut bertumit tinggi.

7# Ambil makanan yang tinggi kalium(potassium) seperti pisang.

8# Berendam didalam air, sebaiknya jangan guna air panas.

9# Kurangkan aktiviti diluar sekiranya cuaca panas, sebab cuaca panas pun menjadi penyebab berlakunya bengkak kaki.

10# Elakkan pakaian yang ketat di sekitar pergelangan tangan, buku lali dan kaki.

Jangan risau ye ibu-ibu, keadaan ni sementara je.. 🙂

Cuma kalau tiba-tiba berlaku pembengkakan yang teruk di muka, sebelah kaki atau tangan sebaiknya pergi berjumpa dengan doktor.

Cukupkan pengambilan nutrisi ibu semasa hamil supaya ibu dan bayi sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Zue amalkan SET HAMIL TERBAIK ni.. Mudah dan selamat. Lagipun boleh terus guna semasa berpantang dan menyusukan anak.

JIMAT =)

Take care mommies..

 

WAJIB BACA : 3 PENYEBAB MATI MENGEJUT YANG RAMAI ORANG TAK PERASAN

Luv,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali

Shaklee ID 1075383

sakieenah@yahoo.com

018-3164133

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Muar & Seluruh Malaysia

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

  1. Terima kasih atas tip-tip berkenaan. Isteri saya sudah mengandung 4 bulan. Risau juga kalau jadi bengkak-bengkak kakinya nanti. Bolehlah saya pesan-pesankan pada dia tips yang saudari kongsi dalam entri ini.

    • Zulaikha Ali

      Sama-sama Tuan. =)
      PAstikan isteri Tuan mendapat nutrisi secukupnya selama hamil ya, demi kebaikannya dan anak dalam kandungan 🙂

Leave A Reply

CommentLuv badge