Tip Mudah Mak Mertua Urus Anak 12 Orang

0

tip urus anak

Ini pengalaman dan kisah adik beradik suami saya. Selalu sangat kakak-kakak ipar saya bercerita kisah kanak-kanak mereka yang saya dapat bayangkan penuh kematangan hidup.

Betapa meriahnya kehidupan mereka dengan adik beradik seramai 12 orang! Tak tergambar saya bagaimana ibu mertua dapat mengurus mereka semua dengan sangat mudah walaupun di keriuhan majlis dan rumah orang lain.

AJAR ANAK MELUKIS & MENULIS

Ringkas sangat pesanan Mak.

“Ajar anak-anak membaca dan melukis. InsyaAllah akan mudah untuk uruskan mereka nanti.”

Dan itu juga yang diceritakan kepada saya (kerana saya tak sempat bertemu arwah Mak mertua saya). Mak memang ajar anak-anaknya membaca dan melukis.

Bila ke mana-mana, bawa sahaja buku dan peralatan menulis/melukis, dan ketika Mak menyelesaikan urusan beliau dengan tetamu atau di mana sahaja, anak-anak leka melukis dan membaca tanpa perlu mengganggu urusan mak.

Mudah bukan? 🙂

Sebab tu saya suka sangat mengumpul koleksi bahan sebegini, supaya nanti mudah saya mengajar anak-anak saya perkara yang sama. Ini bukan bermakna hanya perlu diajar dua perkara ini sahaja.. Tetapi ini antara tip mudah nak didik anak supaya behave. 🙂

KESANNYA PADA ADIK BERADIK IPAR

Apa yang saya lihat dan dapati, kesemua 12 adik beradik suami adalah mereka yang sangat berjaya dalam bidang akademik dan juga sangat berjaya dalam kehidupan mereka.

Melukis akan mengasah kita menggunakan otak sebelah kanan yang amat jarang kita gunakan dalam aktiviti seharian. Tapi bila Mak ajar anak-anak begitu, bermakna penguasaan kedua-dua belah otak berjaya dimaksimumkan!

ALHAMDULILLAH.

Semoga Allah sentiasa merahmati arwah Mak. Mak memang sangat baik… :’)

Semoga setiap kebaikan yang anak-anak lakukan akan mengalir pahalanya buat Mak. Kita bertemu disana ya 🙂

Selamat memanfaatkan bahan ini, dan selamat membina imaginasi anak-anak dengan lukisan anda!

draw 8
sambil melukis ibu boleh bercerita dengan anak untuk tingkatkan imaginasi dan tambah vocab si manja. :)

 

draw 7

draw 6

draw 5

draw 4

draw 3

draw 2

draw 1Luv,

Ummu Ayyash!

Shaklee ID : 1075383

COD MUAR

FB : Zulaikha Ali

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge