TIP REALISTIK MENGHADAPI KENAIKAN HARGA MINYAK

0

Bermula daripada semalam, sampailah hari ini.. Tak berhenti lalu kat newsfeed fb rungutan, komen-komen dan segala macam luahan rakyat marhaen berkaitan kenaikan harga minyak yang bermula hari ini. Bertambah lagi kenaikan kos sara hidup dikala bulan Ramadhan ini. Memang sangat menguji kesabaran kan..

harga minyak naik

Telah diumumkan malam tadi bahawa harga minyak kenderaan Ron 95 telah dinaikkan 10 sen dan Ron 97 dinaikkan 20 sen daripada harga sebelumnya.

Peningkatan harga minyak di bulan Ramadhan
Peningkatan harga minyak di bulan Ramadhan

 

Antara gambar yang berlegar diruang whatsapp saya
Antara gambar yang berlegar diruang whatsapp saya

 

Ya. Memang kita selaku rakyat merasa terbeban dengan semua ini. Kos sara hidup meningkat. Gaji tak pernah pula naik sekerap ini.. Tapi apa yang perlu kita tahu, dalam hidup ini.. Ada perkara yang kita boleh ubah, dan ada perkara yang kita sukar untuk ubah.

Ada perkara yang kita mampu kawal, dan ada juga yang berada diluar kawalan kuasa kita. Apa yang boleh kita ubah dan kawal adalah — SIKAP KITA. Bergantung atas kita, sejauh mana kita mahu berubah.

Sikap kita untuk sabar, rajin, tekun, bersungguh-sungguh, dekatkan diri dengan Allah, semuanya atas usaha kita sendiri. Kalau mahu terus rasa selesa dengan kemalasan, cukup dengan apa yang ada, terima saja apa yang berlaku tanpa perubahan, maka kekallah dengan sikap sedia ada kita.

Jadi.. Apa dia tip untuk atasi stress dengan kenaikan harga minyak yang semakin melampau ni?

Impaknya barang-barang lain turut naik sekali..

2 sahaja tip mudah untuk kita lakukan.

#PERTAMA : KURANGKAN PERBELANJAAN

Inilah hakikat yang kita perlu lakukan. Senaraikan semula semua keperluan dan kehendak kita, cut off mana-mana yang bukan lagi menjadi prioriti dalam berbelanja.

#KEDUA : TAMBAHKAN PENDAPATAN

Macam mana nak tambah pendapatan? Carilah side income .. bagi saya mudah je. BISNES. Carilah apa sahaja bisnes yang halal semestinya dan anda minati. Tak pandai berbisnes? Kalau mahu ubah, jangan jadikan itu alasan utama. Bayi yang baru lahir pun bukannya terus berlari, banyak step yang perlu dia lalui untuk sampai ke tahap berlari.

Cari Pendapatan Sampingan.

Nak tak nak memang perlu ada pendapatan kedua. Tak boleh nak bergantung harap pada gaji. Nak-nak pulak tiba-tiba banyak berlaku kes buang pekerja, kilang tutup dan sebagainya. Akibatnya? Hilang terus punca pendapatan. Belum masuk bab anak-anak.. Sakit pening, hal-hal kecemasan dan lain-lain.

Berusaha sediakan payung sebelum hujan ribut melanda. Berubahlah ke arah yang lebih positif. Banyak pendapatan sampingan yang boleh dibuat sekarang. Pilihannya, antara NAK dengan TAKNAK sahaja.

Tak ada ilmu? Saya juga mulakan bisnes dengan zero ilmu bisnes dan modal. Beruntungnya saya bila Allah lorongkan dengan bisnes ini, dan team yang sangat memberikan impak positif dalam hidup saya. Sehinggakan saya ambil keputusan untuk resign daripada makan gaji.

Boleh tengok video ini sebagai pemula semangat dan inspirasi buat anda yang betul-betul mahu berubah melakukan perubahan positif ! Sangat menginspirasikan tau =)

 

 

BERJIMAT CERMAT

Mulakan sekarang. Berjimat cermat dalam apa perkara sekalipun, terutama elektrik, air dan perbelanjaan harian dapur. Tahu bezakan antara keperluan dan kehendak.

Perlahan-lahan, setelkan hutang piutang yang ada. Dan usaha untuk TIDAK tambah hutang yang baru. Carilah bisnes yang boleh tambahkan pendapatan kita, dan teruskan positif dengan setiap ujian yang Allah berikan. Jom bertindak sekarang.. Jom tambah pendapatan keluarga!

 

Your Bussiness Mentor,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali

Shaklee ID 1075383

sakieenah@yahoo.com

018-3164133

Pengedar Shaklee Kawasan Muar & Seluruh Malaysia

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge