Tips Bahagia Menjadi Diri Sendiri

0

test

Bila hati mula berkata-kata,

“Seronoknya kalau dapat jadi macam dia. Dahla kaya, famili bahagia.. Untunglah..”

“Dia memanglah boleh buat semua tu, suami dia rajin tolong..”

“Kenapalah anak-anak aku tak pandai macam anak-anak orang lain?”

—————————

USAH MEMBANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN

Apa sahaja nikmat atau ujian yang Allah berikan kepada kita, jangan seseskali membandingkan dengan orang lain. Kerana kita tidak pernah akan tahu apa yang orang lain telah lalui dalam kehidupan mereka, begitu juga mereka tak pernah tahu apa yang kita telah lalui sepanjang dalam kehidupan ini.

Adakala kita merasa, beruntungnya menjadi dia yang seumpama memiliki segalanya dalam kehidupan ini. Walhal kita sendiri tidak tahu apa kesusahan, kepayahan, sebesar mana ujian yang telah berjaya dia lepasi sehingga melayakkan dia menikmati apa yang dia lalui sekarang.

SETIAP KITA BERBEZA

Ketahuilah, Allah sendiri berfirman dalam KitabNya yang mulia, “Allah tidakย  akan membebani seseorang melainkan engan kadar kesanggupannya.”

Allah yang mencipta kita, memiliki kita, dan Dia juga yang lebih mengetahui kadar kemampuan kita berbanding diri kita sendiri. Mungkin pada kita, ujian yang Allah letakkan pada seseorang itu sangatlah kecil, namun mungkin ia kelihatan dan terasa berat untuk dihadapi oleh orang lain.

Dan mungkin juga orang melihat ujian yang kita lalui teramat berat, akan tetapi dengan bantuan kekuatan daripada Allah kita mampu menjadi setenang dan setabah manusia untuk melaluinya.. Sangat berbeza,bukan? ๐Ÿ™‚

CARI TITIK POSITIF

Apa sahaja ujian, nikmat, pemberian dan teguran yang Allah datangkan kepada kita.. Carilah titik positif disebaliknya. Itu yang akan membuatkan kita redha dengan apa yang kita lalui dan miliki sekarang.

Saya amat tertarik dengan tips daripada Cikpuan ini untuk membina jiwa yang bahagia dan sentiasa melihat kehidupan sendiri jauh lebih baik daripada orang lain ๐Ÿ™‚

Selamat mengamalkan tips hebat yang diberikan oleh beliau ! ๐Ÿ™‚

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge