Kenapa Ibu Selepas Bersalin Mesti Ambil 7 Vitamin Penting Ni?

0

Ramai ibu atau wanita yang sangat mengambil berat pemakanan dan nutrisi semasa hamil tapi kurang menjaga keperluan nutrisi selepas bersalin. Sebenarnya, vitamin selepas bersalin adalah sama pentingnya dengan vitamin yang kita ambil semasa kita hamil.

Selepas bersalin badan kita juga perlukan vitamin untuk mencukupkan semula nutrisi yang hilang semasa proses bersalin dan memulihkan badan selepas alami proses bersalin yang sukar.

Pengalaman sendiri, dua kali berpantang dengan mencukupkan keperluan vitamin selepas bersalin memberikan perjalanan berpantang yang sangat indah untuk dinikmati berbanding semasa berpantangkan anak sulung tanpa pengambilan apa-apa vitamin semasa berpantang.

Banyak perbezaan ketara yang berlaku pada badan, inshaAllah saya akan kongsikan pada anda didalam entri ini 🙂

Apa Kepentingan Mengambil Vitamin Selepas Bersalin?

 

Petikan Dari Doktor Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat :

“Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir.

Pil vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan untuk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel-sel baru untuk janin dan fish oil sebagai omega3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk jadi anak pintar.

Setelah bersalin TERUSKAN makan suplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.”

 

Semasa hamil, badan kita mengalami perubahan yang sangat banyak dan selepas bersalin badan kita memerlukan proses pemulihan untuk kembali pada asal. Dan semua proses ini memerlukan vitamin yang cukup bagi membantu fungsi badan kita dapat berfungsi dengan sangat baik.

Pengambilan vitamin selepas bersalin juga boleh atasi masalah keletihan, stabilkan emosi semasa berpantang, kemurungan, bantu luka cepat baik, masalah sembelit dan juga susu badan yang meriah.

7 Vitamin Penting Untuk Ibu Selepas Bersalin

#1 Protein

Protein sangat bagus untuk membina sel baru yang lebih sihat dan juga bantu memberikan tenaga buat ibu semasa berpantang. Pengambilan protein juga sangat penting bagi memenuhi keperluan penghasilan susu ibu.

#2 Zat besi

Zat besi antara vitamin selepas bersalin yang penting untuk ibu ambil supaya tidak berlaku masalah darah rendah dan membantu menghasilkan semula sel darah merah yang baru bagi menggantikan darah yang telah hilang semasa dalam proses bersalin dan sepanjang tempoh berpantang.

#3 Vitamin C

Vitamin C boleh membantu percepatkan penyembuhan luka selepas bersalin. Namun, walaupun kita mungkin tiada jahitan, pengambilan vitamin C juga sangat penting kerana ia dapat bantu penyerapan zat besi secara optimum ke dalam badan.

Selain itu vitamin C juga boleh meningkatkan imun badan ibu dan anak yang menyusu.

#4 Vitamin B9 (Asid Folik)

Vitamin B9 ni sangat banyak manfaatnya. Ia bagus diamalkan wanita 3 bulan sebelum hamil bagi mengelakkan kecacatan tiub neural bayi, diambil semasa hamil dan selepas bersalin bagi membantu perkembangan sistem saraf bayi.

Vitamin B juga bagus diambil bersama Vitamin C dan zat besi bagi mengelakkan masalah darah rendah. Ia juga mampu mengelakkan stress dan meroyan kepada ibu didalam tempoh berpantang.

#5 Kalsium + Magnesium + Vitamin D

Kalsium penting dalam menguatkan tulang ibu dan bayi juga bagus untuk mengelakkan berlakunya sembelit semasa berpantang. Vitamin D akan membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang dengan lebih bagus.

#6 Minyak Ikan Omega 3

Asid lemak omega 3 bagus dalam mengatasi masalah keradangan dalam badan. Bagi ibu selepas bersalin, pengambilan omega 3 akan membantu aliran darah menjadi lancar, elakkan berlakunya darah beku (bahaya boleh akibatkan kematian) dan membantu dalam mengawal tekanan darah.

Juga boleh menjadi pembakar lemak buat ibu dan membantu ibu dalam mendapatkan semula berat badan yang ideal selepas bersalin.

#7 Zinc

Zink adalah mineral yang amat penting dalam menyokong sistem imun badan dan membantu melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Pengambilan zinc sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman serta membantu mempercepatkan penyembuhan luka tersebut. Zinc juga membantu proses pengecutan rahim ibu kembali normal serta mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.

Semua Vitamin Penting Ni Ada Dalam Set Berpantang Shaklee

Banyak rupanya vitamin yang ibu perlu ambil selepas bersalin kan? Namun ibu-ibu jangan risau sebab semua ni boleh didapatkan dalam Set Bersalin Shaklee yang saya sendiri amalkan untuk 2 kali kehamilan dan berpantang.

Serius sangat hepi dan enjoy the confinement very well walaupun berpantang anak kedua dan ketiga berpantang sendiri tanpa confinement lady, hanya suami yang membantu 🙂

 

Untuk pemulihan badan yang lebih baik dan cepat selepas bersalin, pastikan ibu mengambil set vitamin lepas bersalin yang lengkap. Dan paling menarik, set ini boleh diteruskan selepas berpantang dan membantu proses penyusuan ibu. Semoga ibu-ibu juga dapat menikmati tempoh berpantang dan kembali berseri dan menawan selepas bersalin!

Nota : Sekiranya ibu bersalin secara pembedahan, saya sarankan untuk tambah sekali pengambilan Vivix Shaklee bagi pemulihan dalaman yang pantas dan kesan yang lebih baik.

Untuk dapatkan set berpantang Shaklee ni boleh whatsapp 0183164133 atau boleh beli secara online menggunakan kad kredit/debit dengan klik eSell di bawah.

 

 

 

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge